Hubungan Semakin Mesra, Rosé BLACKPINK Dan Evan Mock Sedang Bercinta?

EntertainmentMusic
14 Jan 2025 • 1:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Selepas berjaya muncul dalam muzik video Rosé BLACKPINK berjudul Toxic Till The End, hubungan aktor Evan Mock bersama penyanyi kumpulan nampaknya semakin akrab dan mesra.

Memetik laporan allkpop, spekulasi berhubungan dengan mereka berdua semakin mesra diperkatakan ekoran gambar mereka berdua tersebar ketika menyambut perayaan tahun baru bersama-sama.

Rosé BLACKPINK dan Evan Mock sedang bercinta?

image is not available

Foto: Reddit

Hal ini kerana, ramai pihak yang yakin bahawa kedua-dua selebriti tersebut memiliki hubungan selepas mereka berdua dilihat memakai sebuah rantai yang sepadan, bahkan Rosé turut memakai pakaian jenama milik Evan iaitu Wahine.

Khabar tersebut semakin panas apabila foto Rosé dan Evan tersebar, dipercayai dikongsi oleh ahli keluarga aktor itu sendiri yang memperlihatkan mereka berdua menyambut tahun baharu bersama keluarga Evan di Hawaii.

image is not available

Foto: allkpop

Difahamkan, gambar yang tersebar itu telah berjaya dipadamkan daripada terus menjadi ciapan netizen.

Malah, ia bukan kali pertama spekulasi timbul kerana sebelum ini, mereka juga pernah dilihat bersama ketika di New York.

Namun setakat ini, masih tiada apa-apa pengesahan mengenai hubungan mereka dan hanya dakwaan yang dibuat orang ramai sahaja terutama peminat.

Rosé dan Evan sendiri juga belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang gosip yang mengaitkan mereka berdua.

image is not available

Foto: YouTube ROSÉ

Sekadar info, kedua-duanya bertemu buat kali pertama semasa penggambaran video muzik Toxic Till The End yang dilancarkan pada 6 Disember lalu.

Menerusi video muzik berkenaan, Evan berperanan sebagai bekas kekasih Rosé.

Sumber: allkpop