Hujah Pendakwaan Siti Bainun Tamat, Keputusan Mahkamah Pada 22 November

29 Oct 2022 • 12:12 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kes pengabaian dan penganiayaan seorang remaja perempuan yang menghidap Sindrom Down, Bella telah tamat semalam berikutan mahkamah telah menutup kes itu setelah memanggil 22 orang saksi.

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah diwakili bersama dengan empat orang peguamnya pada prosiding pada hari itu.

Tamat selepas hujah saksi ke-22

image is not available

Hakim Mahkamah Seksyen, Izralizam Sanusi berkata bahawa pihaknya menutup kes selepas saksi yang terakhir, juruteknik penapis air, Mohamed Rezuan Satori, selesai memberi keterangan.

Dengan berakhirnya keterangan saksi pendakwaan ke-22, pihak pendakwaan menutup kes hari ini. – Hakim Mahkamah

Barisan Peguam Pemerhati termasuk Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Datuk Khairul Anwar Rahmat merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kelancaran perbicaraan kes itu.

Kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap prosiding mahkamah dan berharap keadilan akan dapat ditegakkan buat anakanda Bella pada akhir kes ini dan kejadian yang menimpa Bella ini tidak boleh dibenarkan berlaku lagi dalam masyarakat kita. – Barisan Peguam Pemerhati

Tertuduh, Siti Bainun telah didakwa atas Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.