Hujan berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang hingga Ahad

1 Dec 2023 • 5:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang mulai hari ini hingga Ahad.

Menurut kenyataan MetMalaysia amaran tersebut melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan.

Di Pahang pula, amaran sama melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta menghubungi talian hotline jabatan itu 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved