Hujan berterusan diramal di Terengganu, Kelantan, Sabah: MetMalaysia

7 Jan 2023 • 3:25 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12.25 tengah hari ini, MetMalaysia berkata di Kelantan, kawasan dijangka terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai, manakala di Terengganu, ia melibatkan sekitar Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.

Dalam kenyataan sama, ia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Sabah bermula 9 hingga 11 Jan ini, melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) atau Daerah (JPBD) hendaklah diaktifkan, dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana yang mungkin berlaku terutama di kawasan berisiko tinggi,“ menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memohon JPBN atau JPBD memastikan setiap pusat pemindahan sementara (PPS) dilengkapi dengan keperluan asas manakala Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) mempunyai aset pengoperasian mencukupi serta berada dalam keadaan bersedia untuk digunakan.

Menurutnya Agensi Pengurusan Bencana Negara melalui Pusat Kawalan Bencana Negara akan sentiasa memantau situasi parameter maklumat teknikal dengan kerjasama pelbagai agensi teknikal. - Bernama