Hujan berterusan tahap buruk di Johor hingga Jumaat

19 Mar 2025 • 5:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Johor hingga Jumaat. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Johor hingga Jumaat.

MetMalaysia menerusi kenyataan pada Rabu berkata, kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga Jumaat di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat).

Cuaca sama diramal di Sabah melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

MetMalaysia juga menjangkakan hujan berterusan tahap waspada di Sarawak dengan kawasan terlibat Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu hingga esok. - Bernama