Hujan berterusan tahap buruk, waspada dijangka landa Sabah

LocalEnvironment
20 Feb 2026 • 8:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah pada Jumaat. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Hujan berterusan tahap buruk dan waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hari ini, menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip.

Dalam kenyataan pagi ini, beliau berkata, amaran tahap buruk dikeluarkan bagi kawasan Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid  dan Sandakan) dan Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan, atau menghubungi talian 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved