Hujan berterusan tahap waspada di Johor dan Sarawak hingga esok

7 Dec 2025 • 6:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah Johor dan Sarawak sehingga 9 Disember

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Johor dan Sarawak hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip menerusi kenyataan hari ini berkata hujan berterusan dijangka berlaku di Johor melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Di Sarawak, daerah terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) serta Sibu (Sibu dan Selangau).

Sementara itu, beberapa daerah lain di negeri berkenaan, iaitu Mukah, Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada hingga 9 Dis ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan. – Bernama