Hujan berterusan tahap waspada tiga negeri mulai esok

3 Oct 2023 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang dijangka mulai esok hingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini turut mengeluarkan amaran ribut petir di 10 negeri hingga 4 petang ini.

Menurut MetMalaysia negeri itu ialah Kedah (Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan); Pahang (Bentong dan Rompin); dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh);

Ribut petir juga dijangka di Terengganu (Besut, Setiu dan Kuala Nerus); Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin); Melaka (Jasin); Johor (Tangkak, Mersing dan Kota Tinggi); dan Sabah (Kinabatangan dan Sandakan).

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved