Hujan cecah 100mm antara punca banjir di Melaka

4 Mar 2023 • 11:31 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available
JASIN, 3 Mac -- Keadaan beberapa rumah penduduk yang ditenggelami air selepas banjir melanda beberapa kampung di Sungai Rambai, ketika tinjauan FotoBernama di Parit Penghulu Benteng hari ini. - fotoBERNAMA

image is not available

MELAKA: Hujan berterusan sehingga mencecah 100 mililiter (mm) sehari menjadi antara punca bencana banjir di Melaka terutama di Jasin.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata bacaan tersebut diukur di beberapa stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di negeri berkenaan pada Rabu lepas.

“Hujan berterusan itu menyebabkan peningkatan air sungai yang melimpah ke tebing sehingga menyebabkan banjir di kawasan sekitar.

“Bagaimanapun kebanyakan paras air sungai di Melaka masih di peringkat waspada ketika ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata ketika ini, air laut pasang namun tidak tinggi dan tidak menghalang air banjir turun secara beransur-ansur ke laut.

Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di Melaka sehingga esok.

Jumlah mangsa banjir di Melaka terus meningkat kepada 379 orang daripada 97 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 204 orang daripada 50 mangsa pada 8 malam tadi. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved