Hujan Lebat, Angin Kencang Di 2 Negeri Malam Ini

29 Oct 2025 • 7:08 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat, Angin Kencang Di 2 Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat di dua negeri sehingga jam 10 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, jabatan itu berkata keadaan cuaca buruk akan melanda daerah Gua Musang di Kelantan.

Selain itu, hujan lebat juga diramal berlaku di Terengganu iaitu di daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Susulan amaran cuaca ini, orang ramai yang berada di kawasan terlibat dinasihatkan untuk berwaspada.