Hujan Lebat, Angin Kencang Landa 7 Negeri Petang Ini

26 Aug 2025 • 5:31 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan satu amaran ribut petir membabitkan tujuh buah negeri pada petang ini.

Hujan lebat landa tujuh negeri

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menerusi hantaran di Facebook, MetMalaysia berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 6 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Pahang melibatkan daerah Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Sementara itu, cuaca sama juga diramal melanda negeri Selangor terutama di Hulu Selangor, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, cuaca buruk juga dijangka berlaku di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka pada petang ini.

image is not available

Foto: Harian Metro

“Amaran ribut petir juga dikenakan di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol.

“Manakala di Sarawak pula amaran dikeluarkan bagi daerah Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang,” terangnya lagi.

Difahamakan, hujan lebat berserta angin kencang juga dijangka melanda negeri Sabah terutama di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan).

Sumber: Facebook MetMalaysia