Hujan lebat beberapa jam akibatkan tanah runtuh di Taman Bunga Raya

LocalEnvironment
22 Aug 2024 • 7:11 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Penghuni di beberapa buah rumah yang terletak berhampiran kawasan lereng bukit di Taman Bunga Raya di Jalan Genting Kelang, di sini, diarahkan mengosongkan rumah susulan kejadian tanah runtuh melibatkan sebahagian dinding penahan tanah di situ, petang ini.

Hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan kejadian tersebut sehingga menjejaskan sebuah rumah, kira-kira 5.43 petang tadi.

Menurut Komander Operasi Bomba, Muhammad Hasif Zakaria, meskipun setakat ini hanya sebuah rumah yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh itu, namun penghuni di rumah berdekatan turut diarahkan mengosongkan kediaman mereka.

“Setakat ni kami dimaklumkan rumah yang terlibat dengan kejadian hanya sebuah tetapi rumah-rumah yang berdekatan diarahkan oleh pihak polis untuk mengosongkan rumah disebabkan ada sedikit pergerakan tanah lagi,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi pemantauan masih dijalankan oleh pihak Bomba.

Sementara itu, Jabatan Penerangan WPKL menerusi Facebooknya memaklumkan kejadian tanah runtuh itu menyebabkan kesesakan lalu lintas menuju Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). - 22 Ogos, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved