Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Dijangka Berlaku Di Terengganu Hingga Esok- MetMalaysia

23 Jan 2024 • 9:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Dijangka Berlaku Di Terengganu Hingga Esok- MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di enam lokaliti di Terengganu hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan tersebut membabitkan Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.

Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok turut dikeluarkan bagi Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Di Terengganu membabitkan Besut dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan daerah Kuantan.

Sementara itu, berdasarkan laporan terkini yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) setakat 6 pagi ini, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Johor kekal dengan 19 orang daripada lima keluarga.

Mengenai status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula, beberapa sungai di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu berada di paras bahaya.

Antaranya ialah Sungai Rompin di Pahang, Sungai Arau, Perlis, Sungai Terengganu,Terengganu, Batang Oya Sibu di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved