Hujan lebat berterusan tahap waspada di enam negeri hingga esok

26 Nov 2023 • 3:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa negeri hingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu membabitkan seluruh kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu dan Kelantan.

Di Perak melibatkan Kerian; Larut, Matang dan Selama serta Manjung manakala Terengganu di Besut dan Setiu.

Di Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

-BERNAMA