Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi

26 Dec 2025 • 11:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang telah dikeluarkan di tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 1 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat diramal melanda negeri Pahang iaitu di daerah Lipis, Temerloh dan Bera.

Amaran turut melibatkan Sarawak di daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Kapit dan Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi).

Cuaca buruk juga dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di negeri Sabah.

BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

Ia juga membabitkan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Hujan Lebat Di 3 Negeri, 1 Wilayah Hingga Awal Pagi appeared first on Siakap Keli.