
Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 Wilayah Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bakal landa empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga 3 pagi nanti.
Menerusi muat naik di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan seluruh WP Labuan bakal menerima hujan lebat.
Dalam pada itu, hujan lebat dijangka landa daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak di Perak. Manakala di Selangor, hanya daerah Sabak Bernam dijangka alami hujan lebat.
Keadaan di Sarawak menunjukkan daerah Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang (Lawas) bakal menerima hujan lebat. Di Sabah, hanya daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dijangka hujan lebat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum jabatan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan perubahan cuaca.
Terdahulu, pihak MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada yang meliputi lima negeri.
Beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Johor dijangka mengalami hujan berterusan bermula hari ini sehingga 20 Disember.
Antara kawasan yang tersenarai ialah Dungun dan Kemaman di Terengganu. Begitu juga dengan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang. MetMalaysia turut menyenaraikan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah bermula 19 Disember sehingga 22 Disember nanti.
Keadaan menunjukkan hujan berterusan di Sarawak melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah. Manakala di Sabah, MetMalaysia menyenaraikan daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat dalam amaran berkenaan.
The post Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 Wilayah Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.

