
Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 9 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran cuaca itu melibatkan negeri Perak iaitu di daerah Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
Selain itu, hujan lebat juga diramal akan berlaku di negeri Selangor, yang melibatkan daerah Sabak Bernam.
Beralih ke Sarawak, cuaca buruk dijangka akan melanda daerah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang.
BACA JUGA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia
Manakala di Sabah pula membabitkan daerah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat.
Amaran cuaca itu juga turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.
Susulan cuaca buruk ini, orang ramai yang berada di kawasan berisiko dinasihatkan untuk sentiasa berhati.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Hujan Lebat Di 4 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


