Hujan Lebat Di 5 Negeri, 1 Wilayah Petang Ini

25 Oct 2025 • 3:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di 5 Negeri, 1 Wilayah Petang Ini

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda lima negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu akan melanda seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selain itu, hujan lebat juga berlaku di negeri Kelantan iaitu di Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah.

Di Terengganu, hanya daerah Setiu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu sahaja yang terlibat.

Beralih ke Selangor, cuaca buruk dijangka akan berlaku di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Petaling.

Bagi negeri Sarawak, ia melibatkan daerah Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Kapit (Song) dan Bintulu (Bintulu dan Sebauh.

Di Sabah pula, hanya daerah Tawau (Kunak, Semporna dan Lahad Datu) yang terlibat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.