
Hujan Lebat Di 5 Negeri Hingga Malam Ini
Sebanyak lima negeri diramal akan mengalami hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga jam 7 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang.
Selain itu, ia juga melibatkan daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.
Di negeri Perak, hujan lebat dijangka hanya melanda daerah Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak.
Beralih ke Sarawak, daerah Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) diramal terlibat.
Manakala, di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
Justeru, orang ramai diminta untuk berwaspada dan tidak berada di kawasan yang berisiko.
The post Hujan Lebat Di 5 Negeri Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.






