
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 3 Wilayah Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri dan tiga Wilayah Persekutuan(WP) hingga jam 7 malam ini.
Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata hujan lebat akan berlaku di seluruh Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan WP Labuan.
Selain itu, ia juga melibatkan negeri Kedah iaitu di daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Bagi negeri Perak, hujan akan berlaku di daerah Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Pahang, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Bera dan Rompin.
Beralih ke Negeri Sembilan, keadaan cuaca buruk diramal berlaku di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol. Manakala di Melaka hanya membabitkan daerah Alor Gajah.
Bagi negeri Johor pula, hanya daerah Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru yang terlibat.
Hujan lebat juga dijangka melanda Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas) di Sarawak.
BACA: Monsun Timur Laut Bermula 13 November Ini
Di Sabah, ia melibatkan daerah Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas)
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak berada di kawasan yang berisiko.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Hujan Lebat Di 9 Negeri, 3 Wilayah Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.




