
Hujan Lebat Di Enam Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di enam negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran tersebut melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di Perak.
Selain itu, amaran turut membabitkan negeri Kelantan iaitu di Jeli dan Gua Musang.
Begitu juga di Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub diramal terlibat.
Di negeri Selangor pula, hujan lebat hanya diramal berlaku di daerah Hulu Selangor.
Baca juga:Beralih ke Sarawak, daerah Betong, Sarikei, Sibu (Selangau) dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dijangka akan hujan lebat.
Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

