Hujan Lebat Di Seluruh Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

13 Dec 2025 • 5:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di Seluruh Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negeri dan dua Wilayah Persekutuan  (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata, hujan lebat diramal berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Amaran juga turut melibatkan negeri Kelantan iaitu di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala, di Terengganu hanya melibatkan daerah Besut dan Hulu Terengganu.

Dalam pada itu, cuaca sama turut dialami di Pahang iaitu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

BACA: Ramalan Cuaca Signifikan, Luruan Monsun Dijangka Hingga 17 Disember

Beralih ke Sarawak, ia membabitkan daerah Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis) dan Limbang.

Di Sabah pula melibatkan daerah Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Hujan Lebat Di Seluruh Negeri & 2 Wilayah Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.