Hujan lebat dijangka melanda empat daerah di Selangor hingga 4 petang

21 Dec 2024 • 1:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 21 DIS: Amaran hujan lebat, ribut petir, angin kencang dijangka melanda empat daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak sehingga 4 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available