Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri & 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

LocalEnvironment
22 Oct 2025 • 10:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Badai 3 Negeri & 1 Wilayah Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda tiga negeri dan satu Wilayah sehingga jam 1 pagi ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Hujan lebat dan petir diramal berlaku di Terengganu yang melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga dijangka akan melanda kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah, Bintulu (Bintulu), Miri dan Limbang di Sarawak.

MetMalaysia melaporkan bahawa amaran yang sama dikeluarkan melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar) di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar hantaran itu.

Selain itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

image is not available

Sumber: