Hujan Lebat Diramal Berlaku Di 5 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

9 Jan 2026 • 6:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Berlaku Di 5 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia  (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran di Perak iaitu di daerah Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Hilir Perak.

Selain itu, ia juga turut melibatkan negeri Selangor di daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

Bagi Negeri Sembilan pula, ia hanya membabitkan daerah Port Dickson.

BACA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka berlaku di daerah Limbang. Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod dan Telupid) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Keadaan cuaca buruk itu juga diramal di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Hujan Lebat Diramal Berlaku Di 5 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved