Hujan Lebat Diramal Di 7 Negeri, 1 Wilayah

LocalEnvironment
1 Sep 2026 • 6:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hujan Lebat Diramal Di 7 Negeri, 1 Wilayah

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di tujuh negeri dan satu wilayah hingga jam 10 malam ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 6.30 petang, MetMalaysia berkata amaran melibatkan negeri Perak iaitu di daerah Kuala Kangsar dan Hulu Perak.

Selain itu, amaran turut membabitkan kawasan Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli di Kelantan.

Bagi negeri Terengganu, daerah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Kemaman juga terlibat.

Baca juga:

Begitu juga di negeri Pahang, iaitu di daerah Temerloh, Jerantut, Maran, Bera, Pekan, Rompin dan Kuantan.

MetMalaysia berkata hujan lebat turut diramal di Jempol dan Tampin, Negeri Sembilan.

Beralih ke Sarawak, ia membabitkan daerah Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau dan Sibu), Sarikei (Maradong).

Manakala di Sabah pula daerah Sandakan (Paitan), Kudat, Pantai Barat, Pedalaman.

Keadaan cuaca itu turut diramal di Wilayah Persekutuan Labuan.

Image from: Hujan Lebat Diramal Di 7 Negeri, 1 Wilayah

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved