Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri Hingga Malam Ini

LocalEnvironment
8 Aug 2025 • 4:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan kebanyakan negeri termasuk dua Wilayah Persekutuan (WP) hingga jam 7 malam ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

” Di Kelantan, daerah yang diramal hujan adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Manakala di Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu dan Hulu Terengganu dan di Pahang hanya di daerah Bentong.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0FKHBVY7Gao79VnLRtjD6xYpaFkwDP676H4mB5xmQpySPEaR8QC3dAKtNgntm5NZwl