Hujan Lebat Diramal Landa 8 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

5 Oct 2025 • 5:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa 8 Negeri, 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan buah negeri dan satu Wilayah sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sementara itu, cuaca buruk di Perak pula melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Muallim. Manakala hujan lebat dan petir turut dijangka berlaku di Kelantan yang melibatkan daerah Jeli sahaja.

METMalaysia turut menjangkakan cuaca buruk yang sama akan melanda Pahang melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor.

MetMalaysia ramal hujan lebat badai 8 negeri, 1 Wilayah

Bagi Negeri Sembilan, kawasan yang terlibat adalah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Seterusnya di Johor, hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat.

METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang) di Sarawak.

Dalam pada itu, hujan lebat dan petir turut dijangka berlaku di Sabah yang melibatkan daerah Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat)

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujar hantaran itu.

image is not available