
SHAH ALAM, 15 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam hari ini.
Agensi itu memaklumkan di Facebook, hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang, Perak, Melaka, Johor dan Labuan.
Beberapa kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah diramal alami cuaca sama.
MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

The post Hujan lebat diramal landa banyak negeri hingga 7 malam, termasuk Selangor appeared first on Selangorkini.




![Cubaan Lelaki Selamatkan Motosikal Ketika Banjir Di Melaka Undang Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)