
Hujan Lebat Diramal Landa Dua Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan dua negeri sehingga 4 petang ini.
Menerusi muat naik di laman Facebook jabatan berkenaan, hujan lebat diramal landa beberapa kawasan di Sarawak.
Antara daerah yang tersenarai termasuk Kuching (Lundu), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu dan Mukah (Mukah). Begitu juga Kapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi).
Comel, Putera Brunei Dedah Wajah Anakanda Zahra Mariam Bolkiah
Tular Arus Deras Hanyutkan Kenderaan Dalam Kejadian Banjir Di Bogor
Angkat Isu Alam Sekitar, Azamuddeen Nasir Terima Anugerah Kelestarian Alam
MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang berlaku di beberapa kawasan negeri Sabah. Amaran tersebut melibatkan daerah Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," maklum jabatan tersebut.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihat agar tidak berada di lokasi berisiko dan mengamalkan langkah berjaga-jaga.

