Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

LocalEnvironment
17 May 2026 • 4:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda tiga daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sehingga jam 7 malam ini.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal melanda seluruh Perlis dan Melaka, serta beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Image from: Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam