Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
7 Jul 2026 • 3:27 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Negeri Sembilan, Johor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

"Di Perak, beberapa daerah diramal hujan seperti Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Manakala di Kelantan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang. Selain itu, beberapa daerah di Terengganu diramal hujan seperti Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

"Sementara itu di Pahang pula seperti Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Di Selangor, beberapa daerah diramal hujan petang ini seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Mukah (Mukah), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

"Manakala di Sabah pula seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan)," maklum kenyataan itu.

Baca juga:

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved