Hujan lebat diramal landa Kuala Langat, Sepang hingga 6 petang

16 Dec 2024 • 4:53 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 16 DIS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, rebut petir diramal melanda daerah Kuala Langat dan Sepang hingga 6 petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku seluruh Negeri Sembilan, Melaka, Johor, beberapa daerah di Perak, Pahang dan Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available