Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Petang Ini

5 Apr 2025 • 2:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah termasuk keseluruhan kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Di Perak, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Manakala di Negeri Sembilan pula di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Bagi Sarawak, kawasan yang diramal hujan seperti Kuching, Serian (Tebedu), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Telang Usan).

“Beralih ke Sabah, kawasan yang terlibat adalah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” maklum METMalaysia dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid023rtBdMkg9VoDuWqvusME1VKnKR3FLk8FNN6LxQfpBWFoF1aL52uaMpXYi6bh2pZPl