
Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 8 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat di negeri seperti Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah diramal hujan.
Manakala seluruh kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan dijangka hujan.
“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Manakala di Negeri Sembilan pula seperti Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang), Tawau (Tawau) dan Kudat (Kudat),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02Y5DJSJcq7nBbSX5YZQ8vqvhNKFcbQMxGQ5VxRfxGpqbBJuX4f2qgS4bbToRqT8Zvl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Hingga Malam Ini appeared first on Siakap Keli.
