Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Hingga Pagi Ini

LocalEnvironment
8 Oct 2024 • 11:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Hingga Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri dan Wilayah Persekutuan hingga jam 1 pagi ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri-negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Difahamkan, seluruh negeri yang diramal dilanda cuaca buruk itu adalah Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang pula Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Beralih ke negeri Perak, kawasan diramal adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Di Kelantan, hanya satu daerah yang dijangka hujan iaitu, Gua Musang sementara Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut dan Kuantan.

“Bagi Selangor, daerah Sabak Bernam dijangka hujan lebat hingga pagi ini diikuti Sarawak di daerah Sri Aman dan Kapit (Song).

Sabah pula di Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” maklum METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.