Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir

9 Oct 2022 • 2:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Orang ramai diminta selamatkan barang keperluan

Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir. Rakyat Sarawak terutamanya di bahagian Bintulu, Miri dan Bekenu dinasihat agar membuat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi berlakunya fenomena banjir.

Telah dilaporkan bahawa beberapa tempat kini mengalami banjir dan sudah dinaiki air akibat hujan lebat yang berterusan. Menerusi laman Facebook, heboh di beberapa kawasan di Bintulu dan Bekenu sudah dinaiki air hingga menyebabkan jalan utama juga hampir terputus kerana banjir.

image is not available
Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir. Sumber: FB My Sufri Channel MSC

Semoga pihak berkuasa datang memberikan bantuan kepada penduduk yang terkena bencana alam

Menerusi pengguna akaun My Sufri Channel MSC, Bekenu mengalami banjir sejak pagi tadi di beberapa kawasan dan antara kawasan yang terlibat adalah Kpg Kepayang Tiris, Kpg Gatas, Kpg Mumong, Kpg Opak, Kpg Jambu, Kpg Sulap Lada, Kpg Lubok Buinih, Jalan Raya Kpg Terahad, Jalan Raya Kpg Pdg Kelulit.

Terkini, Jalan Samalaju di Pesisiran Pantai Dari Batu Niah ke Miri terputus akibat dinaiki air kerana hujan berterusan. Difahamkan juga, kenderaan-kenderaan kecil seperti motosikal dan kereta tidak dapat melalui kawasan tersebut kerana banjir kilat.

image is not available
Sumber: FB Faridah Shek

https://www.facebook.com/BintuluNewsPage/videos/350210663945122/

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02Q7UPM2wzo4YHUvdxnqWiJCT8J8fEGAbGrTvGXecAwAsuFUEtFkZfvkPubv1nXPoFl&id=100083069232571

Orang ramai disarankan untuk menggunakan laluan alternatif

Selain jalan putus akibat dinaiki air, turut dilaporkan bahawa berlakunya tanah runtuh di kawasan Bukit Peninjau serta kawasan Jalan Kelulit. Oleh itu, pengguna disarankan untuk menggunakan jalan Pan Borneo untuk ke Miri.

image is not available
Hujan Lebat Hingga Beberapa Kawasan Di Bekenu Dan Bintulu Alami Banjir. Sumber: FB Harrison Anyi Laeng

https://www.facebook.com/100050239400274/videos/495431435575495/

Selain itu, pengguna jalan raya diingatkan untuk lebih berhati-hati semasa memandu disebabkan hujan berterusan dan bersedia dengan pelbagai risiko yang bakal berlaku.

Ketahui juga hacks untuk menyekat air masuk dalam rumah. Lihat pautan di bawah: