
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di empat buah negeri pada petang ini.
MetMalaysia dalam hantaran di Facebook berkata, amaran itu melibatkan beberapa daerah di negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan sehingga pukul 6 petang nanti.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak iaitu di Selama, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Batang Padang.
“Selain itu, amaran sama dikeluarkan bagi daerah Bentong, Pahang dan di Hulu Langat, Selangor,” katanya.
Cuaca buruk juga dijangka melanda Jelebu dan Seremban, Negeri Sembilan pada petang ini. – KOSMO! ONLINE
The post Hujan lebat landa empat negeri appeared first on Kosmo Digital.






