Hujan lebat, ribut diramal landa enam daerah di Selangor hingga 1 pagi

4 Nov 2022 • 11:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluarkan melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda Kedah (Langkawi, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) dan Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak).

Hujan lebat juga dijangka di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan dan Pekan), Melaka , Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) , Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved