
Hujan Lebat, Ribut Petir Di 11 Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di 11 negeri sehingga jam 4 pagi.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook, MetMalaysia berkata keadaan cuaca terbabit akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Melaka.
Di Perak, hanya satu daerah sahaja yang terlibat iaitu di Kerian.
Sementara itu, hujan lebat juga dijangka akan berlaku di daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di negeri Terengganu.
Manakala, Pahang dan Negeri Sembilan pula hanya melibatkan daerah Rompin dan Tampin.
“Di Johor, ia melibatkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai,” kata MetMalaysia.
Beralih ke Sarawak, hujan lebat akan melanda daerah Bintulu, Miri dan Limbang. Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan.
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir pula adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
The post Hujan Lebat, Ribut Petir Di 11 Negeri appeared first on Siakap Keli.

