
Hujan Lebat, Ribut Petir Di 8 Negeri Malam Ini
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka akan berlaku di lapan negeri sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh negeri Melaka.
Selain itu, hujan lebat akan melanda negeri Perak iaitu di daerah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Di Pahang, daerah Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Pekan dan Rompin.
Manakala, Selangor pula hanya melibatkan daerah Sabak Bernam dan Hulu Selangor.
Bagi Negeri Sembilan, ia melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau.
“Di negeri Johor, hanya daerah Kluang dan Mersing yang terlibat,” kata MetMalaysia.
Berali ke negeri Sarawak, hujan lebat diramal melanda daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri dan Limbang.
BACA: Banjir Di Hatyai: 310 Warga Malaysia Dibawa Keluar Pasukan Sukarelawan Malaysia
BACA JUGA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Di 2 Negeri Hingga Esok
Manakala di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya lagi.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
The post Hujan Lebat, Ribut Petir Di 8 Negeri Malam Ini appeared first on Siakap Keli.


