Hujan Lebat Tanpa Henti, Met Malaysia Beri Amaran Ribut Petir Di Sarawak

6 Feb 2023 • 9:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dijangka melanda Sabah dan Sarawak

Hujan Lebat Tanpa Henti, Met Malaysia Beri Amaran Ribut Petir Di Sarawak. Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di pedalaman dan barat Semenanjung, barat dan tengah Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang dan malam sehingga Jumaat ini.

image is not available
Hujan Lebat Tanpa Henti, Met Malaysia Beri Amaran Ribut Petir Di Sarawak. Kredit gambar: Malaysian Meteorological Department

Berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di timur Semenanjung sehingga Rabu ini.

image is not available

Hujan berterusan sehingga jumaat ini

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut.

MET Malaysia telah mengemaskinikan Amaran Hujan Berterusan melibatkan negeri Terengganu, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan berkuat kuasa sehingga esok.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Baca lagi artikel terkini: