Hujan luar biasa di Sarawak, mangsa banjir terus meningkat

LocalEnvironment
29 Jan 2025 • 9:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Banjir kenderaan ditenggelami banjir yang melanda Sarawak ketika ini. Foto Facebook

KUCHING - Hujan berterusan tanpa henti di seluruh negeri ini menyebabkan situasi banjir semakin memburuk di Bahagian Serian.

Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Sarawak, sehingga jam enam pagi, sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) berkaitan banjir telah dibuka, membabitkan 473 mangsa.

"Empat PPS baharu dibuka di Serian iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Sorak, PPS Dewan Kampung Lintang Baru, PPS Dewan Masyarakat Serian dan PPS SK Tanah Merah.

"Dua lagi PPS yang dibuka lebih awal, PPS Dewan Sukan Kidurong di Bintulu dan PPS Dewan SJK (C) Chung Hua di Batu Kawa, Kuching juga menunjukkan peningkatan," katanya.

Ketika berita ini ditulis, kebanyakan kawasan di sekitar Kuching, Serian, Miri telah mengalami banjir.

Turut meningkat, jumlah mangsa yang mendaftar masuk di PPS Dewan Mesra Simunjan di Bahagian Samarahan.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dari Kuching hingga Kapit dan Miri, sehingga 30 Januari. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved