Hujan Meteor Perseid Bakal Melintasi Ruang Langit Malaysia Malam 12 Ogos Ini

11 Aug 2024 • 4:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Hujan Meteor Perseid di ruang langit Malaysia

Hujan Meteor Perseid Bakal Melintasi Ruang Langit Malaysia Malam 12 Ogos Ini. Dilaporkan bahawa, fenomena angkasa unik yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseid bakal melintasi ruang langit Malaysia pada malam esok.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa), kejadian yang sungguh unik itu dijangka bakal berterusan sehingga subuh 13 Ogos dengan purata 100 meteor per jam akan melintasi ruang langit negara.

image is not available

Penampakan hujan meteor ini akan berlaku di Malaysia

Dikatakan bahawa penampakan hujan meteor ini akan berlaku di Malaysia dan diramalkan dalam keadaan baik kerana bulan akan terbenam ketika waktu kemuncak fenomena indah ini berlaku.

Turut dimaklumkan lagi bahawa, titik kemunculan pancuran meteor itu biasanya adalah dari arah buruj Perseus, namun ia masih boleh berlaku pelbagai arah.

Lokasi buruj terletak di kawasan langit sebelah utara bumi

Lokasi buruj berkenaan juga dikatakan terletak di kawasan langit sebelah utara bumi sebelum hujan ini berpecah kepada banyak arah lain dengan fenomena tersebut biasa terjadi setiap tahun.

Untuk pengetahuan juga hujan meteor ini juga muncul secara rutin apabila bumi beredar mengelilingi matahari dan planet ini perlu merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle yang nukleusnya berdiameter 26 kilometer.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: