Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memaklumkan bahawa punca Harimau Malaya dan Oman tidak dapat menguji padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam sesi latihan terakhir hari ini adalah disebabkan komisar perlawanan tidak membenarkannya berikutan cuaca hujan di sebelah petang sejak kebelakangan ini.

