Hujan sangat lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok

4 Mar 2023 • 10:34 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available
Gambar ihsan Asyraf Rasid/theSun

image is not available

KUALA LUMPUR: Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramal melanda Pahang dan Johor sehingga esok.

Menurut amaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang dikeluarkan pada 8.55 pagi ini kawasan terlibat di Pahang ialah Rompin manakala di Johor membabitkan Segamat, Kluang serta Mersing.

Selain itu, hujan berterusan tahap buruk juga diramalkan berlaku hingga esok di Pekan, Pahang dan beberapa kawasan di Johor meliputi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan berterusan tahap waspada pula diramalkan berlaku hingga esok di tiga negeri melibatkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera), Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) serta Melaka.

Sementara itu, amaran waspada juga dijangka di beberapa daerah di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), hari ini. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved