Hujan sekejap, jalan dah penuh air

LocalEnvironment
21 Apr 2026 • 9:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Hujan sekejap, jalan dah penuh air
Tangkap layar keadaan beberapa jalan sekitar Seksyen 13, Shah Alam, Selangor dalam kejadian banjir kilat pada Isnin.

SETIAP kali hujan lebat turun walaupun sekejap, penduduk di Lembah Klang seolah-olah sudah tahu apa yang akan berlaku.

Jalan mula dinaiki air, trafik perlahan dan suasana jadi tegang. Ia bukan lagi kejadian luar biasa, tetapi rutin yang semakin membebankan.

Di kawasan seperti Kuala Lumpur, Shah Alam dan Klang, hujan kurang dua jam sudah cukup untuk menyebabkan banjir kilat.

Air melimpah ke jalan utama, kenderaan bergerak perlahan dan ada yang terperangkap tanpa pilihan.

Bagi pengguna jalan raya, pengalaman ini sangat terbiasa. Ada yang baru hendak pulang dari kerja, tiba-tiba terpaksa mengharungi kesesakan berjam-jam.

Perjalanan yang biasanya 30 minit boleh jadi dua jam atau lebih.

Misalnya semalam, beberapa jalan termasuk laluan utama di kawasan Seksyen 13, Shah alam, Selangor ditenggelami air sehingga menjejaskan kelancaran trafik.

Antara laluan terjejas termasuk jalan berhampiran kawasan komersial serta laluan utama menuju ke pusat bandar Shah Alam.

Keadaan itu mengakibatkan kenderaan bergerak perlahan. Malah terdapat pemandu yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan kerosakan enjin.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan, beberapa kenderaan dilihat meredah air yang hampir mencecah paras tayar.

Dalam masa sama, isu pokok tumbang turut menambah risiko bila ribut datang, pokok yang tidak diselenggara boleh tumbang dan menghalang jalan, sekali gus memburukkan lagi keadaan trafik.

Jadi, menjadi tanda berapa lama perkara yang sama akan berulang?

Tidak dinafikan, banyak usaha dibuat tetapi belum cukup untuk menyelesaikan masalah sepenuhnya.

Kesimpulannya, cerita hujan sekejap jalan penuh air di Lembah Klang bukan lagi isu kecil, ia sudah menjadi masalah harian yang menjejaskan kehidupan ramai orang.