
BATU PAHAT - Hujan renyai tidak menghalang lebih 5,000 orang hadir menyertai Batu Pahat Berselawat di Parit Sulong sempena ambang Tahun Baharu 2024, pada malam Ahad.
Program yang berlangsung di Masjid Jamek Taman Sri Sulung, bermula jam 7 petang dengan pelbagai aktiviti seperti qasidah, solat berjemaah dan nasyid.
**media[2481438]**
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, sambutan diberikan terhadap program kali ini, luar biasa walaupun dianjurkan di luar kawasan bandar di Batu Pahat.
"Biasanya program seumpama ini dianjurkan di Dataran Penggaram. Namun kali ini, ia dibawa ke kawasan kampung di mana Taman Sri Sulung menjadi pilihan kerana sesuai bukan sahaja terdapat taman perumahan tetapi juga kampung-kampung.
"Syukur, sambutan diberikan cukup baik kerana program di peringkat daerah dibawa ke kampung," ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah itu menambah, Batu Pahat Berselawat disertai pelbagai peringkat usia, malah dihadiri oleh ramai anak muda.
**media[2481437]**
Kita mahu menukar cara kita menyambut ambang tahun baru, kepada program keagamaan, sebagai tanda terima kasih kepada Allah yang melimpahkan pelbagai rezeki di negeri bertuah ini.
"Kita mahu tukar cara sambut tahun baharu dengan majlis yang bercirikan keagamaan, sebagai tanda syukur atas rezeki yang diberikan kepada negeri ini.
"Selain itu, kita memohon agar kedamaian, keharmonian masyarakat dikekalkan dengan keselamatan rakyat terus terjaga," katanya.
Darulaman Berselawat pembuka tirai 2024
“Marilah kita buka tirai 2024 dengan program bermanfaat, antara acara kemuncak ialah Darulaman Berselawat sebagai penutup Ambang Sejahtera bermula selepas maghrib hingga lewat malam,” katanya.


