Hujan tidak halang MB agih bubur lambuk, kurma di bazar Ramadan Taman Melawati

LocalFood
25 Feb 2026 • 11:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

AMPANG JAYA, 25 FEB: Dato' Menteri Besar turun padang bagi mengagih bubur lambuk dan kurma kepada peniaga dan pengunjung bazar Ramadan Taman Melawati di Ampang Jaya petang tadi.

Cuaca hujan bagaimanapun tidak menghalang Dato' Seri Amirudin Shari meluang masa kira-kira 30 minit untuk beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga termasuk menerima pelawaan untuk berswafoto.

image is not available
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan pengunuung ketika mengagihkan bubur lambuk dan kurma di bazar Ramadan Taman Melawati, Ampang Jaya pada 25 Februari 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Amirudin yang diiringi Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli dan Setiausaha Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Hasrolnizam Shaari turut tidak melepaskan peluang membeli beberapa juadah berbuka puasa.

Semalam, beliau turut mengagihkan 1,000 bubur lambuk ketika program Singgah Bazar dan Agihan Bubur Lambuk di bazar Ramadan Kuala Selangor.

image is not available
Dato' Menteri Besar Dato'Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama peniaga ketika berkunjung di Bazar Ramadan Taman Melawati, Ampang Jaya pada 25 Februari 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR