
SEMPENA Krismas, kumpulan Huka melancarkan single Natal pertama mereka, Cinta Natal.
Pemain keyboard Huka Yosafat, berkata Cinta Natal adalah salah satu daripada lapan lagu yang dimuatkan dalam album Kota Kinabalu Christmas Celebration (KKCC) 2024 yang dilancarkan baru-baru ini.
Advertisement“Cinta Natal merupakan lagu Krismas pertama Huka dan single terbaru kami tahun ini.
“Terima kasih kepada penganjur KKCC2024, Majlis Gereja-Gereja Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan pengerusi pelaksana KKCC2024 Profesor Dr. Jidon Janaun kerana memberi peluang kepada kami menyanyikan lagu Natal baharu dalam album ini,” katanya. SEKITAR majlis pelancaran dan tayangan perdana muzik video Cinta Natal di iBis Hotel, Inanam baru-baru ini.
SPONSORED CONTENT Ford aims to boost its presence in Sabah, Sarawak The improved ride quality makes the Ranger more comfortable for passengers. Read more Yosafat, yang juga penerbit album KKCC2024, berkata Cinta Natal ciptaan Adam Imanuel dan susunan muzik oleh Aaron Gusting, mengisahkan pentingnya keluarga dalam setiap detik kehidupan.
“Natal membawa damai sejahtera, sukacita, dan menyatukan keluarga serta masyarakat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Harapan kami, lagu ini dinikmati semua ketika menyambut Krismas bersama keluarga.
“Luangkan masa bersama orang tersayang pada Krismas ini dan tinggalkan sebentar kesibukan harian,” tambahnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Selain Yosafat, Huka terdiri daripada Adam Imanuel (vokalis), Ian (keyboard), Aaron dan Alvin (gitar), Nicholes (bass), serta Jevhenros (dram).
Nama Huka, yang bermaksud “angin,” melambangkan nafas kehidupan yang menghubungkan segalanya.
Berasal dari Borneo, Huka mendapat inspirasi daripada keindahan alam semula jadi dan warisan budaya tempatan. Muzik mereka penuh perasaan, mengisahkan kisah pilu seperti patah hati, cinta tak terungkap, dan kerinduan.
Dengan melodi menyentuh jiwa serta lirik mendalam, persembahan Huka memberi kesan kepada pendengar, terutama mereka yang pernah merasai cinta yang hilang atau tidak terbalas.
Setakat ini, mereka sudah menghasilkan beberapa single termasuk Tak Sendiri Lagi, Hujung Nyawa, serta tiga lagu baharu tahun ini – Realiti, Kaamatan Bersama, dan Paman Tua Kita Sama-Sama.
Muzik video Cinta Natal, yang dilancarkan pada 15 November lalu, kini boleh ditonton di YouTube.



